Apa itu Router?

Di dalam sesebuah rangkaian, data perlulah dihantar dan dikirim dengan tepat dan betul. Rangkaian komputer kompleks biasanya terdiri daripada koleksi LAN yang dijalinkan antara satu sama lain. Kerja-kerja mengirim ini dilaksanakan oleh router di mana router akan mengambil mesej data dari LAN dan menukarkannya kepada paket yang sesuai untuk dihantarkan ke LAN yang satu lagi (Lihat rajah 1).


Rajah 1: Rangkaian yang menggunakan perantara Router

Fungsi Router
Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Berikut adalah beberapa kelebihan router:

  • Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian
    internetwork.

  • Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.

  • Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.
Asas PC
Setiap sistem operasi sama ada Windows mahupun Linux menyokong fungsi routing terbina dalam. Jika anda mengaktifkan Internet Connection Sharing (ICS) di dalam Windows, anda telah menjadikan komputer anda sebagai sebuah router ringkas. Begitu juga dengan Linux yang boleh bertindak sebagai router IP atau IPX.

Oleh kerana ia ringkas, maka kebolehannya juga terbatas. Lihat gambarah (Rajah 2) di bawah ini di mana sebuah PC dijadikan sebagai get laluan (gateway) untuk membenarkan setiap PC di dalam LAN tersebut berkongsi satu talian Internet.



Rajah 2: Router asas-PC yang bertindak sebagai get laluan (gateway)

Ulasan

Catatan Popular