Menyekat laman web dengan HOSTS

HOST adalah sutu fail folder yang terdapat dalam OS window. Salah satu kegunaannya ialah untuk menyekat sesetengah laman web di akses ke komputer anda. Caranya ialah dengan memetakan (resolve) nama hos kepada alamat IP melalui fail HOSTS.

Menyunting fail HOSTS
Dalam Windows 9x dan ME, fail HOSTS terletak di haluan C:\Windows, manakala Windows XP, Vista, 2003, dan 7 terletak di C:\WINDOWS\SYSTEM32\DRIVERS\etc.

Untuk membuka fail HOSTS dengan program Notepad:

1) Klik Start -> Run

2) Taipkan "Notepad" dan tekan Enter

3) Pilih menu File -> Open (Dialog Open akan dipaparkan)

Masukkan haluan berikut ke dalam ruangan Filename (Lihat Rajah 1):

\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts



Gambarajah 1

4) Klik Open

Skrol ke bawah, anda akan dapati beberapa alamat IP bersama maklumat hos, seperti 127.0.0.1 localhost (Lihat Rajah2).




Gambarajah 2

Baris 127.0.0.1 localhost membawa maksud hos localhost akan dipetakan ke alamat IP 127.0.0.1

Menyekat Laman Web
Untuk menyekat laman web, anda cuma perlu memeta alamat URL dengan 127.0.0.1 seperti ditunjukkan pada rajah di bawah:

Ulasan

Catatan Popular