PERBEZAAN BROADBAND SERTA DAIL-UP

PERBEZAAN BROADBAND SERTA DAIL-UP

Dikala ni semakin ramai masyarakat yang menyedari akan kepentingan menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Kita mengetahui bahawa jalur lebar adalah amat penting pada zaman sekarang untuk memudahkan pergerakan kita didalam apa jua urusan. Namun amat sedikit dari kita yang mengetahui apakah yang perkatakan jalur lebar atau broadband  serta apakah dail-up. 

Sebenarnya definasi broadband ialah Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

Manakala dail-up pula adalah sambungan internet menggunakan kabel. Contoh cara kerja untuk dial -up berlaku apabila proses mencapai internet bermula apabila mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet, atau JARING. Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet.
Signal analog dari modem akan “berlayar” melalui wayar copper di tiang-tiang telefon di kawasan rumah ke ibusawat Telekom yang terdekat. Peringkat ini adalah dinamakan “transmission facilities” merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain. Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada nombor 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET.
Switch atau Ibusawat secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti “call waiting”, ” call transfer” dan lain-lain. Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah. Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.oum.edu.my kepada ip address dari sebuah pengkalan data besar yang sentiasa di kemaskinikan. Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop.tmnet.my merupakan email host jika menggunakan perkhidmatan TMNET.
News Server-Server untuk menghubungkan kepada usenet contohnya news.jaring.my. Server-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet. Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server.
Beberapa komponen rangkaian yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses. Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama. Jika laluan kecil seperti wayar tembaga di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya.

Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM1 dan E1 yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti gentian fiber. Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.
Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda! Webserver anda mungkin menggunakan Sistem Operasi (OS) yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain. Jenis-jenis perkhidmatan dalam internet? Berkomunikasi menerusi e-mail – Emel atau mel eletronik.

Dial up biasanya mempunyai kelajuan 56kbps dan paling maksima ialah 128kbps jika menggunakan dial-up teknologi ISDN (Intergrated Services Digital Network). ISDN adalah seperti menggunakan kabel tembaga seperti dial up biasa tadi, cuma perbezaannya ialah ia menggunakan rangkaian digital sebagai backbonenya.

Ulasan

Catatan Popular