Persoalan Umun Berkenaan Puasa


Persoalan Umun Berkenaan Puasa

Soalan 

1.jika seseorang itu belum mandi wajib, sedangkan dia sudah berniat puasa dan berniat bangun sahur dan mandi wajib selepas sahur. tiba-tiba dia terlajak tidur sehingga habis waktu solat subuh. adakah puasanya batal jika dia meneruskan puasanya? terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Beliau wajib meneruskan puasa beliau, dan solat Subuh hendaklah didirikan tatkala sudah bangun walaupun sudah tamat waktu.
- Dari ‘Aisyah dan Ummu Salamah :

[ أن النبي كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل و يصوم ]
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa “. [HR Al-Bukhari : 1825, Muslim : 1109]

2.  Kalau sekiranya seorang wanita itu berpuasa pada bulan ramadhan,tetapi dalam pukul 4@5 petang,dia datang haid..adakah sah puasa itu dan x perlu diganti puasa? kerana kalau tidak silap,saya pernah terdengar ceramah jika sudah 3/4 hari kita berpuasa tp tiba2 datang haid,puasa diterima tetapi perlu buka puasa serta merta. maaf jika saya tersilap.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.Apabila datang haidh maka haram puasa, dan puasa hendaklah digantikan pada waktu yang lain. Wallahua’lam

3. assalammualaiku..
saya ingin bertanya apakah hukum jika kita berniat berpuasa pada waktu sahur hari yang kita perlu berpuasa? Dan apakah hukum memakai gincu ketika puasa? Adakah puasa kita diterima?


Assalamualaikum wbt.
a) Niat puasa ialah sebelum masuk waktu subuh, jadi sah puasa. Niat puasa ialah dihati, bukan dimulut.
b) Pakai gincu tidakmembatalkan puasa.


Ulasan

Catatan Popular