Penyakit meningokokal

Kita mungkin jarang mendengar mengenai penyakit meningokokal, apatah lagi mengetahui maksud dan maklumatnya walaupun ia amat berbahaya serta mampu mengancam nyawa.

Sebanyak satu daripada tujuh pesakit meningokokal maut manakala satu daripada lima orang bekas pesakitnya mengalami kesan sampingan serius dan kekal seperti pemotongan anggota badan, sawan, lumpuh, hilang pendengaran serta kemampuan untuk belajar.

Meningokokal adalah punca utama meningitis bakteria, iaitu sejenis jangkitan membran yang menyelaputi otak, tulang belakang serta saluran darah yang boleh menyebabkan kematian.

Penyakit itu boleh merebak dalam badan pesakit dengan cepat dan menjadi serius serta mampu menyebabkan kematian dalam tempoh hanya 24 hingga 48 jam meskipun diberi rawatan awal.

Lebih membimbangkan, meningokokal sering menjangkiti orang yang dahulunya sihat walaupun mereka hanya melakukan sedikit perubahan dalam aktiviti seperti menunaikan haji, kunjungan ke kelab malam, melancong, merokok, memasuki kolej dan melakukan tugasan ketenteraan.

Menyedari bahaya meningokokal yang menyerang mangsanya tidak kira peringkat usia termasuk bayi di bawah usia setahun, WHO dan kerajaan mengesyorkan penggunaan pelalian untuk mengelakkan seseorang dijangkiti penyakit itu.


"Seseorang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko dinasihatkan mendapatkan suntikan vaksin kerana penyakit ini sukar dikesan doktor dan gejalanya seperti lenguh tengkuk serta bintik-bintik pada kulit hanya akan timbul apabila ia sudah serius,"

Ulasan

Catatan Popular