THE LOST TRIBE – MALAY (BANGSA MELAYU YANG HILANG)

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah ayat-ayat paling misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu berkenaan satu bangsa
pengembara. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babilon,
Sumeria, Mesir Firaun dan Kerajaan Judea.
Satu bangsa yang pernah hidup di lembah terasing di Tibet berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya yang agung,
si Mahameru yang selalu dimimpi-mimpikan oleh bangsa ini di sepanjang hayatnya. Satu bangsa yang
menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia...
Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual,tabah menghadapi segala dugaan,kesakitan,airmata dan
penghinaan. Satu bangsa agung yang pernah mengharung kehangatan padang pasir,ribut salji dan hujan petir
dalam pengembaraannya ke hujung dunia "Semenanjung Tanduk Emas"
.

.. Tanah Yang Dijanjikan (Promised Land)...
Siapakah bangsa misteri ini?


"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan
Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina
kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama
bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Kepada anak-anak Melayu yang masih menuntut ilmu,tuntutlah ilmu semampu yang boleh kerana bangsa kamu adalah bangsa terbaik dan bijak.Jangan jadi penagih dadah atau merempit membuang masa.

Kelak kamu akan dapat menyusuri jejak Melayu itu sendiri. Kepada para pencinta bahasa,berjuanglah pertahankan bahasa kamu kerana bahasa Melayu juga adalah kunc kepada jejak-jejak kamu yang hilang.
Kepada pemimpin politik Melayu, waspada, ada musuh yang menanti anda bukan sebab kekayaan anda tetapi sebab bangsa dan agama anda.
Ini tanah kita.Ini bumi kita.Ini adalah "The Promised Land".


selanjutnya :

File name: Alter Terahsia Bangsa Melayu Yang Hilang.pdf
File size:16.41 MB




Ulasan

Catatan Popular