Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah
perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya,
matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang
tak larat nak ditulis dekat sini.
Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki,
kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar
fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan
tertonjol. Itu tidak dapat nafikan.
Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal
lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita,
tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!
Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuat naik gambar-gambar
yang bermacam-macam pose di Facebook.
Apa tujuan semua itu?
Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut,
memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya
menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak
memuatnaik gambar dalam Facebook.
Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak
golongan muslimah “like” gambar tu.
Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah
yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak tu.
Kononnya memuat naik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi
SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah! Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh
gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain
tersangkut di mata kail tu.
Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak
pulak para muslimah tersangkut.
Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim,
kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.
Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya
ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!
Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat
lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah
kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri
berkasih-sayang/seksual). Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam.
Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook
dan laman sosial lain.
Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal
fitnah lelaki terhadap wanita.
Ulasan