15 Anugerah Allah Pada Wanita Yang Berbuat Kebaikan Terhadap Suaminya
1. Pada suatu ketika di
Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya,
“Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda
“Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi
kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya
pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk
setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan
membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara
parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi
setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya
perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus
perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk
setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi
setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk
anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti
orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian
kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi
setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci
pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan
untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan
berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. :
“Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya
dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman
syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan
selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami
mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau
dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di
dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda
keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula
kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita
ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah
tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan
dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Ulasan