Kaabah Berhala ?

Kaabah bukanlah berhala atau sembahan.. sebaliknya kita mengadap Kaabah kerana ianya merupakan perintah Allah..

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (al-Baqarah : 144)

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.” (al-Baqarah : 149)
Sebelum Kaabah, umat Islam bersolat mengadap Baitul Maqdis.. kenapa tak kata Baitul Maqdis tu pun berhala?

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” (al-Baqarah : 143)

Malah, kalau tak tahu arah qiblat, maka boleh solat ikut mana2 arah je..

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.” (al-Baqarah : 115)

Selain itu, mengadap Kaabah ini sebagai simbol kesatuan umat Islam.. walau di mana pun mereka berada, mereka akan mengadap ke arah yg sama.. berbeza dengan agama berhala lain.. ikut suka mereka je nak letak “Tuhan” tu kat mana2..

Dan juga Kaabah bukanlah berhala sembahan kerana Sahabat Nabi s.a.w. pernah azan di atas Kaabah.. begitu juga para pekerja kontrak di Masjidil Haram, kerap memanjat dan memijak bumbung Kaabah untuk mencucinya.. Jadi, ia bukanlah berhala sembahan, sebaliknya simbol kesatuan.. iaitu beribadah mengadap satu arah.

wslm

Ulasan

Catatan Popular