Sebar Aib Untuk Kebaikan

Sebenarnya larangan menceritakan aib orang lain bukanlah muktamad haram.. sebaliknya ada beberapa keadaan yang diharuskan untuk menceritakan aib.. spt meminta fatwa (ceritakan perkara yg aib dan meminta pendapat alim ulamak tentang hukum perbuatan tersebut), meminta bantuan mencegah kezaliman / perkara buruk, menyedarkan masyarakat tentang sesuatu keburukan dsb..
Kebanyakan org yang menceritakan aib orang lain ini berpegang pada keharusan dengan bertujuan untuk memberi kesedaran mahupun iktibar.. ianya termasuk dalam kaedah nahi munkar..

Namun, sejauh mana kaedah ini boleh digunakan, maka ianya perlu diperhalusi.. Persoalan amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) maka konsepnya lebih luas.. Apa saja kebaikan boleh disebarkan, digalakkan dsb.. tetapi, dalam perkara nahi munkar (mencegah kemungkaran) ini, masih punya batasannya..
Sebab untuk menentukan seseorang itu benar2 melakukan perkara mungkar, maka ianya perlu melalui proses kenalpasti yang sangat ketat.. Umpamanya, untuk menuduh seseorang itu melakukan zina, maka perlukan 4 orang saksi yang nampak sendiri perbuatan zina itu secara jelas (kemasukan zakar ke dalam vagina.. dan bukan setakat dengar dua orang mengeluh2 maka dikatakan mereka berzina.. walaupun kita memahami apa maksud bunyi keluhan itu).. jika tak dapat mendatangkan 4 orang saksi, maka yang menuduh itu sendiri boleh dikenakan had qazaf (80 kali sebatan)..

Sebab itu di zaman Nabi s.a.w. takde satu pun kes zina yang disabitkan melalui syahadah (persaksian 4 org).. yang ada hanyalah melalui pengakuan pelaku zina itu sendiri.. itu pun disoal siasat oleh Nabi s.a.w. secara mendalam.. bukan kias2..

Maka, bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menyebarkan aib saudaranya atas nama memberikan iktibar, maka kena pastikan beberapa perkara… Antaranya..

- Adakah pelaku aib tersebut masih lagi melakukan keaiban tersebut… Jika dia masih lagi melakukan keaiban itu, adakah kita mengetahuinya melalui penglihatan kita sendiri? Dan bilakah keaiban itu dilakukan..
Ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang itu menyebarkan khabar2 angin.. sekadar mendengar dari pihak2 lain.. atau mendengar melalui sebelah pihak sahaja dan terus membuat kesimpulan menjatuhkan hukuman.. sedangkan mungkin juga jika kita melihat perbuatan aib yang dilakukannya itu pada minggu lepas, dan kita menceritakan kepada orang dgn tujuan supaya orang lain berhati2 dgn beliau pada minggu ini… dalam keadaan kita tak mengetahui bahawa beliau telahpun bertaubat atas keaibannya itu..

- Adakah keaiban itu dilakukan secara berterangan atau secara sembunyi2? Jika sembunyi2, maka tanggungjawab kita bukanlah menyebarkan keaibannya.. sebaliknya berjumpa dengan beliau secara sembunyi2 (tanpa pengetahuan org lain) dan menasihatkan beliau.. sekiranya aib itu dilakukan secara berterangan, maka secara berterangan jugalah kita kena menegur beliau..

Dan banyak lagi sebenarnya yang perlu kita perhalusi.. Kita selalu terlupa bahawa yang paling utama adalah nahi mungkar dengan tangan.. kalau tak mampu, maka tegur dengan lisan.. kalau tak mampu, maka benci dalam hati.. maka, tahap membuka keaiban saudara itu sudah tentunya berada di tangga terakhir sekali..
Kita tak berjumpa pun dengan orang yang melakukan keaiban itu untuk memberi nasihat dan teguran, sebaliknya kita memilih untuk menyebarkan keburukan.. Bahkan lebih teruk daripada itu, kita tak nak bertanggungjawab atas berita yang kita sebarkan itu (baling batu, sembunyi tangan dalam poket)… dengan cara memberikan surat layang, menjadi anonymous dsb..

Dalam perkara amar makruf nahi munkar ini, ada peringkat2nya.. bukan main terjah saja.. sedangkan perkara yg paling besar spt murtad pun masih lagi ada pertimbangan untuk memberikan masa kepada si murtad itu untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.. bukan terus2 dibunuh..
Dakwahlah secara umum tanpa perlu menyebutkan nama pelakunya.. kerana yang lebih penting adalah iktibar, dan bukannya pelakunya..

Jadilah da’ie yang menyebarkan kebaikan.. dan bukannya hakim yang menjatuhkan hukuman.. sbb kita sendiri pun belum tahu lagi bagaimana bentuk hukuman yang akan dijatuhkan ke atas kita oleh Al-Hakim (Allah) di akhirat nanti

wasalam

Ulasan

Catatan Popular