Antara Pegang awek & Pegang Anjing..

Sapi:Hai Anjing, pa kabar??kamu knapa seyh??kok dari tadi menggerutu teruss??

Anjing:Aaaarrrgghh...aku lagi sebel nih..... mo aku gigit tuh, orang!!

Sapi:Lho, knapa??

Anjing: Tadi aku melewati 2 orang manusia, lelaki dan perempuan yang lagi pacaran. Tiba" lelaki itu kaget dan terus melompat sambil berkata 'Oooii..anjing, pergi jauh-jauh sono!..najis tau!'

 

Sapi: Ya iyalah..kamu kan haram..Najis berat bagi manusia..biasalah tu..

Anjing:KALO AKU NAJIS, TERUS, DIA TERSENTUH AKU, BOLEH DI BERSIHIN,DI CUCI! YANG DIA PEGANG" TU APA??EMANGNYA BISA DI BERSIHIN??

Sapi: Betul tuh..Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada kamu anjing...Malah, ga bisa suci ato pun di bersihkan..

Penjelasan:  Daripada satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah menyatakan bahwa "Memegang babi(khinzir)itu adalah lebih baik di banding bersetuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja)adalah berdosa dan wajib bertaubat(untuk membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci(bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu(dosa) ato maksiat. Tetapi, menyentuh wanita yang bukan mahram adalah b'dosa dan merupakan maksiat.. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim.

Jika 'batasan' ini tidak di patuhi, dan perintah Allah dizalimi, hal itu akan mengawali tindakan yang menuju kepada kemaksiatan yang lainnya.
Nabi berpesan, sentuh kulit babi yang b'darah itu, lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita.
Babi itu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. 


Begitu juga dengan bangun Shubuh. Kalau orang yang masih berselimut walopun sudah dengar adzan Shubuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.


PS : bagi pendapat aku persoalan atau masalah yang mungkin akan timbul adalah, akan ada sesuatu golongan yang akan menjadikan hadis atau alasan ni untuk menyentuh bintang2 ini dengan alasan2 tersebut , sesuai dengan suatu hadis yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra berkata; Rasulullah saw bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Hadis Riwayat Tarmizi)


 "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." (Riwayat Ibnu Majah)

Jadi, adakah maksud hadis tu nak samakan perempuan dengan vavi? Adakah hadis tu menggalakkan lelaki pergi bergomol dengan vavi daripada sentuh wanita bukan mahram? Sudah tentu tidak. Fikir-fikirkanlah..

Pegang anjing dan babi mana ada dosa. Kena samak je. Cuma berdosa bila makan binatang tu.

Maksud tak boleh di sini, perkara itu dilarang. Contoh, korang tengah main taik. Mesti mak korang marah kan. Mesti mak korang akan sound, "Hey! Jangan main taik! Kotor!". Maksudnya, tak bolehla kan main taik. Padahal taik bukannya haram. Pergilah pegang taik! ;-p

Pegang anjing tak salah. Kena sertu ja.

Wahh.. Jom ramai-ramai bela anjing lepas ni. Pegang anjing, lepas tu ambil gambar, upload masuk facebook, set as default pic. Agak-agak, apa orang nak cakap? Heh!

Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa. Tapi, apa motif korang sengaja nak sentuh anjing dan babi tu tanpa sebab? Sekiranya korang ni doktor haiwan sekalipun, korang perlu pakai sarung tangan. Jika tidak boleh merawat guna sarung tangan ataupun darurat untuk tolong anjing yang memerlukan bantuan segera, korang wajib sertu dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah

Jadi, tidak ada sebabnya korang boleh pegang najis mughalazzah dengan sewenang-wenangnya.

Apa hukum memelihara anjing ?

Mengikut Mazhab Shafie, diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Menurut pandangan Yusuf al-Qaradawi, hukum memelihara anjing sebagai hobi dan suka-suka adalah haram.


Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
Abu Hurairah melaporkan Rasulullah berkata, "Malaikat rahmat tidak menyertai jemaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng." (Riwayat Abu Isa al-Tirmizi)

So, nak lagi pegang anjing dan babi secara sengaja tanpa alasan yang munasabah?

Statement ni bahaya. Nak tulis, biar terang dan jelas maksudnya.

Statement tu kelihatan bahaya bila korang berfikir secara bahaya. Dan status tersebut juga sudah jelas dan terang, tapi korang tak teliti dan memahaminya. Dan semuanya sudah dijelaskan di atas.
 








Ulasan

Catatan Popular